Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Hamka
286 muka surat
RM16.00
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan sebuah karya tersohor oleh Prof Dr. Hamka. Ianya adalah kisah cinta seorang pemuda kampung miskin yang tidak punya saudara bernama Zainuddin terhadap seorang gadis dari keluarga ternama bernama Hayati. Cinta mereka tidak mendapat restu keluarga Hayati. Pinangan Zainudin ditolak. Hayati dijodohkan dengan pemuda pilihan keluarga bernama Aziz yang dikatakan lebih layak mendampingi Hayati. Ibarat ruas telah bertemu buku, bagai janggut pulang ke dagu, sama berbangsa keduanya, satu bulan satu matahari. Begitulah pandangan keluarga Hayati, ketika mereka sepakat menjodohkan Hayati dan Aziz.
Cerita ini berkisar tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati. Kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya. Ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. Meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci. Sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.
Cerita cinta ini disampaikan kepada pembaca melalui surat-surat yang ditulis oleh Zainuddin dan Hayati. Membaca surat-surat ini akan membawa kita terbang jauh ke dasar hati mereka. Sebuah cerita yang menyayat hati. Berkisar tentang pangkat dan darjat. Antara kekuatan jiwa, keimanan dan tuntutan nafsu.
Prof. Dr. Hamka menulis buku ini ketika beliau berusia 31 tahun ketika darah masih muda, khayalan dan sentimen masih memenuhi jiwanya dan beliau dikritik hebat kerana ia adalah sebuah buku cinta sedangkan pada zaman itu buku yang sebegini tidak pernah diterbitkan. Tetapi setelah sepuluh tahun berlalu, masyarakat mulai faham akan perlunya kesenian dan keindahan dalam hidup manusia. Sehinggakan ada yang bertanya bila lagi Dr akan menulis cerita yang begini hebat seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah.

Surat daripada Zainuddin kepada Hayati;
Lebih seratus kali namamu ku sebut dalam sehari. Kadang-kadang saya terpanggil dalam nyanyianku, kadang-kadang dalam ratapku. Kicut pintu ditolak angin, terasa langkah kau yang terdengar. Masih juga belum percaya, kau telah membuang saya dari ingatanmu. Saya tanyai diri saya, apakah saya berdosa kepadamu? Tidak rasanya, bahkan dosa yang lain yang kerap saya perbuat untuk mencukupkan cintaku kepadamu.
Surat Kahdijah (sahabat Hayati ) kepada Hayati
Cinta tidaklah teguh untuk mempertalikan laki isteri. Tali yang teguh adalah kemaslahatan kedua belah pihak. Cinta adalah bunga melur yang indah warna dan harum baunya dua hari genap ketiga selama air masih cukup dalam jambangan, selama tiga hari itu pula subur dan indahlah hidupnya. Yang selalu akan mengancam akan kesuburannya ialah kemiskinan. Kalau harta cukup cinta menjadi kalau harta tiada pergaulan terancam. Cinta atau rindu, dendam kasih sayang atau asyik maksyuk biarlah tinggal dalam khayal dari angan-angan pengarang hikayat.

21 Comments:
blog ni ada update rupa-rupanya.....
:D
Aida yg comel dan cun.
ye ye
dah ok..
ye ye
wahh..sungguh terkesan
Aida yang comel dan cun,
update orang malas, sebulan sekali.
:)
Abang,
ye...ye...
boleh tolong letakkan webstats4u tak ?
loopiess,
apa kesannya?
Cau Pandan anak Bubunnya
Hendak menyerang ke Melaka
Dalam cincin ada bunga
Bunga berladung si air mata
Assalamualaikum Surijiwa,
Tentang buku Tenggelamnya kapal Van Der Wijck ini, saya telah membacanya sebanyak hampir 20 kali. Tanpa rasa jemu. Dan hampir tiap kali membacanya, airmata pasti menitis. Hingga banyak kata-kata, pantun-pantunnya yang saya hafal. Indah sekali. Bukan sahaja kerana saya peminat cerita-cerita cinta tetapi bahasanya cukup berkesan dan diolah dengan begitu baik sekali. Rugi bagi mereka yang belum membacanya.
Puan Surijiwa,
Saya membacanya waktu di sekolah, lama dulu.
Sebulan yang lalu saya beruntung menemu semula naskahnya waktu mengunjungi ekspo usahawan berdekatan rumah dan saya beruntung dua kali kerana tertarik membeli judul 'Magdalena' terjemahan A.S Al-Attas daripada terjemahan Al-Manfaluthi daripada naskah asal sasterawan Perancis-Alphonse Karr.
Rupanya karya Hamka itu adalah saduran dari "Sous Les Tilleuls". Bezanya lakaran Tenggelamnya kapal Van De Wick dibuat berlatarkan budaya dan kerangka Indonesia.
i`m still looking for this book.. at UMS lib
nak buku ni..tolong poskan mai sini..huhu..kalau ada sapa2 copy paste kan ke mana2 website,tlg bgtau no..via my email,mkbnor@gmail.com
tq atas sinopsis ringkas buku ini :)
i hv being looking for this book and magdalena for so long.. dah bertahun sy cr tp mmg x jumpa.. kt mana ada buku2 nie?

saya pun cari buku ini.pernah beli sekali untuk cikgu thn 2003 di CM tapi skrg cari balik kedai tu dah takde.siapa tahu mana dpt beli buku ini tlg email
amybihoon@yahoo.com
assalamualaikum w.b.t
assalamualaikum w.b.t saya pernah mendengar kisah tenggelamnya kapal van der wick melalui rakaman kaset belasan tahun lalu.bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan novel tersebut.puas saya mencari hampir semua kedai buku di kawasan kota kinabalu namun semuanya hampa.tolong beri tahu bagaimanakah boleh saya perolehi novel tersebut.
sy dah pun membc novel magdalena...pengorbanan, percintaan dan persahabatan yang digenangi oleh air mata..membuatkan sesiapa shj yg.membacanya akan kembali membacanya walaupun ratusan kali...corak penceritaannya seolah-olah berlaku kpd.dr kita...oh...sgguh t'kesan apabila mmbacanya...dan ingin sekali aku utk.mndapatkn novel tenggelamnya kapal va der wick...yg.sedikit kontroversi suatu ketika dahulu atas sebab corak penceritaanya sama dengan novel magdalena...sebab itulah aku ingin mmbacanya sndiri...moga suaut r nnt adku dapat memilikinya...
Aku juga pernah membaca novel tenggelamnya kapal der wijck ini pada tahun 1984, ketika usiaku masih belasan tahun. Sangat menyentu perasaan. Air mataku tak tertahan tatkala ku baca novel tersebut. Tapi bagaimana ku boleh dapatkan buku tersebut lagi. Kini aku sudah hampir lima puluh tahun namun hati ini masih teringin untuk memiliki novel itu. Bagaimana ya????
bagaimana saya boleh mendapatkan novel ini??
Dulu saya pernah baca buku ini semasa zaman sekolah menengah era 80-an....mmg best jln citernya. Bagaimanakah saya boleh beli utk memilikinya sbg koleksi sy?
dimna saya bisa beli novel itu??
saya juga ingin bisa dapatin novel nya. dimana ya?
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home