Tuesday, March 28, 2006

Judith Mc Naught


Judith Mc Naught

Saya mula belajar membaca novel Bahasa Inggeris ketika berada di Pusat Matrikulasi. Double Standards, karya Judith McNaught merupakan novel pertama yang saya baca. Ianya saya pinjam dari seorang teman yang mempunyai banyak koleksi novel-novel cinta Inggeris. Sejak itu, saya juga menjadi ketagih dengan novel-novel ini dan mula menjadi pengunjung setia Novel Hut di Ipoh kerana di situ saya boleh memebeli novel-novel secondhand pada harga yang murah, sesuai kemampuan saya sebagai pelajar ketika itu. Sehingga hari ini saya sudah membaca semua novel tulisan Judith McNaught dan setiap kali ke kedai buku saya masih mencari kalau-kalau ada novel baru yang dikeluarkan beliau.

Cerita-cerita yang dihasilkan oleh Judith McNaught boleh dibahagikan kepada dua jenis, pertama kisah cinta klasik yang berlaku pada abad ke - 16 - 18 dan keduanya kisah cinta di zaman moden. Sebenarnya semua karya Judith Mcnaught, tanpa mengira jenis mempunyai persamaan dari segi jalan cerita. Ianya berkisar kepada cerita cinta antara dua insan dari golongan yang berbeza. Biasanya watak lelaki adalah seorang yang kaya dari keturunan ternama, bijak, pendiam, baik hati, berwajah kacak serta menjadi idaman para gadis. Manakala watak wanitanya pula dari golongan biasa, berwajah sederhana tetapi menarik, bijak dan mempunyai ciri-ciri kewanitaan sejati.

Mereka bertemu buat pertama kalinya secara tidak sengaja. Dari pertemuan pertama bermulalah perkenalan antara dua insan dan dari sini terbitlah rasa suka dan rasa cinta. Seterusnya akan ada halangan dan dugaan yang menguji cinta mereka. Di pertengahan cerita mereka akan terpisah kerana perasangka dan cemburu. Namun kebiasaannya watak wanita adalah seorang yang penyabar dan pemaaf, walaupun dilemparkan dengan pelbagai tuduhaan dan hinaan ia tetap yakin pada perasaan cintanya. Melalui pertolongan orang yang dekat dengan watak lelaki, wanita ini mengambil kesempatan untuk lebih mengenali lelaki tadi dan menceritakan situasi sebenar yang berlaku. Watak ini akan menceritakan masa lalu dan peristiwa disebalik sikap kasar dan pemarah lelaki tadi. Melalui pertemuan ini si wanita akan lebih menyintai si lelaki. Lelaki ini kemudian disedarkan oleh satu peristiwa yang membuka matanya tentang kesetiaan dan kejujuran watak wanita. Judith McNaught mengakhiri ceritanya dengan watak lelaki mencari watak wanita tersebut untuk dilamar sebagi suri hidupnya. Dan sejak itu hiduplah mereka berbahagia hingga ke akhir hayat.

Yang membezakan antara karya Judith adalah kisah disebalik cerita cinta yang dihidangkan. Ia adalah sebuah dongengan cinta yang sering dipaparkan. Cerita cinta yang menjadi angan-angan anak remaja. Bertemu dengan lelaki kaya, bijak, kacak dan baik melengkapkan ciri-ciri lelaki idaman. Walaupun kita sering diingatkan dengan pepatah yang mengatakan bahawa enggang sama enggang, pipit sama pipit namun tidak salah rasanya kalau bermimpi. Lupakan soal mimpi dan angan. Meski dengan jalan cerita yang sama dan akhir yang dapat diduga, cerita-cerita Judith McNaught berjaya memikat minat saya membaca novel berbahasa Inggeris. Sehingga kini, walau telah bergelar isteri, walau bukan lagi berusia remaja, pada waktu yang terluang, pada ketika kebosanan menguasai diri, koleksi novel-novel ini menjadi teman setia saya.

Hari ini, saya mendapat tahu novel terbaru beliau Every Breath You Take, sudah berada di pasaran.

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Hi Suri, seronok rasanya jumpa peminat karya JM. Saya dah baca semua karyanya yg berlatarbelakangkan zaman dulu. Tapi favourite saya ialah Whitney My Love.What about you?

1:54 PM  
Blogger SuriJiwa said...

Wah ada geng rupanya kat sini. Kalau classical saya sukakan A Kingdom Of Dreams dan Once and Always. Kalau modern pulak saya suka Paradise dan Double Standards.

4:50 PM  
Blogger ida_zy said...

Assalamualaikum

saya pernah baca dua je buku JM: Perfect & Paradise (kalau x salah tajuk)
JM ni memang pandai menulis, tapi seperti kata Puan Suri, jalan ceritanya sama sahaja

teringat pula Lamia Aimal
bila sebut pasal JM
sebab secara peribadinya saya rasa stail Lamia Aimal macam JM
cuma yang bagusnya buku Lamia Aimal tiada adegan 18SX :)

2:18 PM  
Blogger SuriJiwa said...

ida,
saya belum lagi baca buku Lamia Aimal. Mungkin selepas ini bolehla saya cari. Kalau buku cerita melayu, yang melekat di hati saya ialah Ombak Bukan Biru, oleh Fatimah Busu dan Badai Semalam buah tangan Khadijah Hashim.

1:31 PM  
Blogger annyss said...

Teringat singgahan ke Novel Hut sekitar tahun 2004. Bertuah orang Ipoh ada kedai sebaik itu. Saya juga sempat 'memborong' banyak buku ketika di situ.

ikhlas,
Nisah Hj Haron

9:52 PM  
Anonymous Anonymous said...

Enjoyed a lot! Change management training activity Cialis zu kaufen Appetite prozac orgy shave Extra long dishwasher hose Mastositosis valtrex prozac+and+weight+gain Knoxville tennis club leather coats prozac cause lagression Chloe dior getting real dirty in the bathtub ups shipping 2b rx prozac Konica minolta 5d digital camera Black transexuals hardcore sex pics dziaanie prozac buy frontline prozac

2:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! here

10:11 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home